CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 28 July 2011

ADAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

1. Berbuat baik terhadap mereka

2. Menghargai dan menghormati mereka

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan mereka

4. Berdoa untuk kebahagiaan mereka

5. Jangan menderhaka kepada mereka

6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim


Contoh-contoh anak yang soleh :


 Mencium tangan mereka



 Bercakap lemah lembut dengan mereka




Contoh-contoh anak yang derhaka :



                                                       
       Bercakap kasar dengan mereka       



        Tidak mengaku ibu kandung sediri




MARI TONTON BERSAMA!!


                 

    
              
                            
                            

ADAB MURID TERHADAP GURU

Adab-adab bercakap dengan guru :

1. Menggunakan bahasa yang sopan.
2. Memandang muka guru.
3. Merendahkan suara.
4. Menyahut panggilan guru.


Adab-adab yang tidak wajar dilakukan terhadap guru :

1. Suka menyampuk percakapan guru.
2. Meninggikan suara apabila bercakap dengan guru.
3. Tidak memandang muka guru apabila bercakap.
4. Tidak meminta izin apabila hendak keluar ke tandas

Contoh beradab :

Patuh arahan guru
                                                          

  Memberi perhatian        


Contoh tidak beradab :          

             Tidak mendengar cakap guru

Wednesday 27 July 2011

ADAB TERHADAP KAWAN

1) Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-amat memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

2) Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat hipokrit, yang mana lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya diri sendiri yang akan kehilangan harga diri.

3) Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan yang lain.

4) Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka aib kita di akhirat kelak.

5) Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang membuta tuli akan menimbulkan perasaan hasad dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya itu dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang serupa.

6) Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain.

7) Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan.

8) Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita. Umpanya jika seseorang rakan sekelas memberikan satu pendapat, jangan menolaknya sekali gus, katakanlah kepadanya: “pendapat anda baik”.

9) Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan panggilan yang tidak disukainya.

10) Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-bisik dengan seseorang kawan yang lain kerana ia akan mengundang syak di hati kawan-kawan yang lain.

11) Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita, mintalah izin kepada mereka terlebih dahulu.

12) Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin.

13) Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk kejahatan.




Contoh beradab :


           Beramah mesra sesama kawan



               Saling bantu-membantu




                         Bertanya khabar

ADAB TERHADAP JIRAN

1. Hendaklah anda memulakan memberi salam kepadanya.



2. Jangan terlampau banyak menanyakan tentang hal-ehwalnya.


3. Menziarahinya bila ia sakit dan melawatinya bila ia mati. Sama-sama merasakan kesusahan bila ada kematian di rumahnya dan menunjukkan rasa kegembiraan bila ada kesukaan pula.


4. Sama-sama menyertainya dalam masa kesenangan dan kegembiraannya.


5. Memaafkan segala kesalahan dan keikhlafannya.

       

6. Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan meletakkan sebatang kayu pada dinding rumahnya.


7. Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya.


8. Tiada menujukan pandanganmu kepada apa-apa yang di bawa ke dalam rumahnya.


9. Hendaklah menutup segala keaiban dan kecelaan yang mungkin berlaku daripadanya.


10. Meringankan dirinya dari menanggung mala petaka yang menimpanya


11. Jangan lalai memerhatikan rumahnya di masa-masa ia tiada di rumah.


12. Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya


13. Palingkan pendanganmu dari melihat isterinya dan jangan memandang lama-lama kepada khadam wanita yang bekerja dirumahnya.


14. Selalu bersikap lemah-lembut terhadap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.


15. Cuba tunjukkan kepadanya apa-apa yang ia tiada mengetahui dari perkara agama mahupun perkara dunia.
       
Contoh beradab :
     

                           Menziarahi jiran




                           Beramah mesra




                          Bertegur sapa