CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 27 July 2011

ADAB TERHADAP JIRAN

1. Hendaklah anda memulakan memberi salam kepadanya.



2. Jangan terlampau banyak menanyakan tentang hal-ehwalnya.


3. Menziarahinya bila ia sakit dan melawatinya bila ia mati. Sama-sama merasakan kesusahan bila ada kematian di rumahnya dan menunjukkan rasa kegembiraan bila ada kesukaan pula.


4. Sama-sama menyertainya dalam masa kesenangan dan kegembiraannya.


5. Memaafkan segala kesalahan dan keikhlafannya.

       

6. Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan meletakkan sebatang kayu pada dinding rumahnya.


7. Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya.


8. Tiada menujukan pandanganmu kepada apa-apa yang di bawa ke dalam rumahnya.


9. Hendaklah menutup segala keaiban dan kecelaan yang mungkin berlaku daripadanya.


10. Meringankan dirinya dari menanggung mala petaka yang menimpanya


11. Jangan lalai memerhatikan rumahnya di masa-masa ia tiada di rumah.


12. Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya


13. Palingkan pendanganmu dari melihat isterinya dan jangan memandang lama-lama kepada khadam wanita yang bekerja dirumahnya.


14. Selalu bersikap lemah-lembut terhadap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.


15. Cuba tunjukkan kepadanya apa-apa yang ia tiada mengetahui dari perkara agama mahupun perkara dunia.
       
Contoh beradab :
     

                           Menziarahi jiran




                           Beramah mesra




                          Bertegur sapa                                          

No comments:

Post a Comment