CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 27 July 2011

ADAB TERHADAP KAWAN

1) Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila mereka amat-amat memerlukan bantuan tersebut. Bantulah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

2) Bersikap jujurlah dalam persahabatan, janganlah bersifat hipokrit, yang mana lain di lidah lain pula di hati. Akibatnya diri sendiri yang akan kehilangan harga diri.

3) Jangan memburuk-burukkan seseorang kawan di hadapan kawan-kawan yang lain.

4) Jangan membuka aib kawan, kelak Allah S.W.T. akan membuka aib kita di akhirat kelak.

5) Jangan cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Cemburu yang membuta tuli akan menimbulkan perasaan hasad dengki. Sebaliknya, cemburulah dengan kejayaannya itu dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang serupa.

6) Janganlah menjatuhkan air muka sahabat dihadapan orang lain.

7) Jangan ketawa apabila seseorang rakan mengalami kegagalan.

8) Jangan mengejek dan memperkecil-kecilkan kawan kita. Umpanya jika seseorang rakan sekelas memberikan satu pendapat, jangan menolaknya sekali gus, katakanlah kepadanya: “pendapat anda baik”.

9) Jangan mengejek kawan-kawan kita dengan menggunakan panggilan yang tidak disukainya.

10) Apabila berada dikalangan kawan-kawan, janganlah berbisik-bisik dengan seseorang kawan yang lain kerana ia akan mengundang syak di hati kawan-kawan yang lain.

11) Apabila kita ingin menggunakan barang kepunyaan rakan kita, mintalah izin kepada mereka terlebih dahulu.

12) Kotakanlah setiap janji dengan sedaya upaya yang mungkin.

13) Akhir sekali, saling nasihat-menasihati sesama rakan untuk melakukan kebaikan dan menjauhi dari sebarang bentuk kejahatan.




Contoh beradab :


           Beramah mesra sesama kawan



               Saling bantu-membantu




                         Bertanya khabar

1 comment:

  1. maaf tp background nie terlalu simple.. Bosan nak bce.. HArapp ade perubahan.. ;)

    ReplyDelete